SALAHUDDIN AYUB

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menafikan keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan DAP untuk bertanding di kerusi Ayer Hitam mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan akar umbi.

Timbalan Presiden parti itu, Salahuddin Ayub berkata, Amanah bersetuju valon DAP diketengahkan di kerusi itu atas sebab dan keperluan yang menguntungkan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ya (dipersetuju oleh PAN), sebab itu sudah keputusan dalam PH. Kita dah melihat kepada beberapa perkembangan dan juga perbincangan dalaman dalam PH, jadi akhirnya PH buat keputusan bahawa Chin Tong akan bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman terbaru DAP bahawa Pengerusi DAP Johor yang juga Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong bakal menjadi calon Parlimen Ayer Hitam pada ,PRU14.

Sebelum ini, PAN Johor menyatakan rasa kecewa apabila parti itu memperoleh bilangan kerusi paling sedikit berbanding parti komponen lain dalam gabungan itu sehingga bertindak memulaukan Konvensyen PH ke-2 pada 7 Januari lalu.

Dalam pada itu Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata, keputusan tersebut dimuktamadkan bersama walaupun menyedari ramai ahli PAN mahu parti itu bertanding di kerusi tersebut.

Pengumuman itu, tambahnya, bukanlah isyarat ketidakserasian antara parti-parti komponen PH.

Anuar Tahir. foto HAZROL ZAINAL, 07 JANUARI 2018.

“Itu berlaku setelah ada perbincangan antara kedua belah pihak, DAP dan PAN. Keputusan itu dicapai bersama, maka itulah pengiystiharan telah dibuat untuk Ayer Hitam oleh pemimpin utama DAP, Lim Guan Eng.

Malah kehadiran Pengerusi PH, Dr. Mahathir Mohamad, PAN, PPBM dan PKR menunjukkan bahawa ini berjalan secara baik dan jangan dianggap mencetus ketidakserasian dalam PH.

“Sebelum ini semua orang kalau boleh nak dapat sebanyak kerusi, kita ada ahli-ahli kita tempatan yang nak kita bertanding tetapi
kita akhirnya mencari yang terbaik menerusi perbincangan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast