Emre Can dalam radar Juventus menjelang akhir musim ini.

ITALI – Pengurus Besar Juventus, Hiuseppe Marotta secara terbuka mengakui bintang Liverpool, Emre Can merupakan sasaran utama kelabnya pada akhir musim ini.

Kelab tersebut tidak mahu menyerah kalah dengan mudah dalam mendapatkan khidmat pemain itu yang sudah lama diintai rapat pasukan Serie A itu.

Pasukan gergasi Serie A tidak lagi bersedia merahsiakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Jerman itu.

Kontrak Can akan tamat pada akhir musim ini dan pemain itu difahamkan masih belum menandatangani kontrak baharu bersama the Kops di Anfield.

Situasi Can masih belum jelas apabila baru-baru ini pemain itu mengakui dia memberi tumpuan untuk kedudukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Can menegaskan, dia tidak mahu membuka perbincangan mengenai kontrak bersama the Kops dan telah menyerahkan kepada agennya.

Marotta bagaimanapun sudah membuat ketetapan untuk membawa pemain itu ke Turin.

“Kami bersedia untuk merebut sebarang peluang yang ada dan saya tidak akan menafikan minat ke atas Can.

“Jika ada maklum balas negatif, kami akan beralih kepada pemain lain untuk memperkuatkan jentera serangan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast