Home Sukan Kip, Zulfahmi gagal dapatkan mata pada GP Qatar

Kip, Zulfahmi gagal dapatkan mata pada GP Qatar

Khairul Idham Pawi ketika beraksi di Grand Prix Qatar tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Dua pelumba Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin, gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan pembukaan Kejohanan Motosikal Dunia, Grand Prix Qatar di Litar Losail pada Ahad.

Kelas Moto2 dimenangi oleh pelumba Itali, Francesco Bagnaia daripada SKY Racing Team VR46, yang juga Pelumba Muda Terbaik 2017, dengan catatan masa 40 minit 19.802 saat.

Sementara rakan senegara, Lorenzo Baldassarri daripada Pons HP40 hanya ketinggalan 0.112s untuk berada di tempat kedua dan pelumba Sepanyol Alex Marquez daripada EG 0,0 Marc VDS di tempat ketiga.

Pelumba Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham yang juga dikenali sebagai KIP, menamatkan perlumbaan di tempat ke-23 dan 42.562s di belakang Bagnaia sementara pelumba baharu Moto2 Malaysia, Zulfahmi mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-28 dan ketinggalan 1:11.618s. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast