LONDON – Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang terkenal dengan kehidupan gay mewah dilapor mempamerkan sebahagian koleksi kereta mewahnya yang bernilai £850,000 di parker hotel penginapannya.
Aubameyang kini tinggal di sebuah hotel mewah dan pemain antarabangsa Gabon itu telah membawa empat buah dari keretanya ke London dan telah diletakkan di parkir hotel tersebut.
Antara kereta yang dapat dilihat di parking hotel tersebut adalah Lamborghini Aventado yang bernilai £270,000, Ferrari 812 Superfast (£250,000) dan Range Rover Sport Mansory (£150,000).
Terdapat beberapa lagi kereta mewahnya yang belum tiba di England antaranya Ferrari 458 Italia (£200,000), Aston Martin DB9 Volante 2 (£140,000) dan Audi R8 V10 Plus (£128,000).
Kereta-kereta miliknya itu dikatakan menggambarkan dirinya seorang pemain yang pantas kerana bekas pemain Borussia Dortmund itu pernah mencatatkan masa 3.7 saat untuk larian berjarak 30 meter.
Antara kereta terkenalnya adalah kereta Lamborghini yang telah diubahsuai, memiliki logo tulisan A di bonet hadapan ataupun dikenali sebagai ‘Batmobile’. – MalaysiaGazette