PUTRAJAYA – Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebarkan politik kebencian dalam kalangan pelajar menerusi lagu anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru-baru ini disifatkan sebagai ahli politik jalanan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya, tindakan Guan Eng memperdendangkn lagu anti GST kepada pelajar sekolah tidak menggambarkan dirinya sebagai Ketua Menteri.

“Jika beliau ahli politik jalanan, tidak mengapalah. Ini beliau berjawatan ketua menteri di sebuah negeri, mana boleh (berkelakuan) begitu.

“Perangai beliau ini sama macam ahli politik jalanan juga,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 kementeriannya.

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas rakaman video dimuat naik di Facebook milik sebuah akhbar berbahasa Cina yang memperlihatkan Setiausaha Agung DAP itu mengajar rentak lagu mengenai GST pada malis pelancaran Tuisyen Rakyat Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Video berdurasi 32 saat yang tular sejak hujung minggu lalu itu memaparkan seolah-olah GST memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Semua perkara hendak dipolitikkan dan kemudian mengambil kesempatan pada program seperti di pusat tuisyen ini untuk membenci orang lain.

“Dalam negara majmuk seperti Malaysia, kita mesti berpolitik yang membawa kepada perpaduan, bukan politik kebencian,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast