Home Politik PRU14: BN goyah di Sabah?

PRU14: BN goyah di Sabah?

Dr Jeneri Amir

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) diramal berhadapan cabaran getir di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini kerana berpotensi kehilangan sekurang-kurangnya tujuh kerusi parlimen.

Kekuatan BN dijangka goyah di kawasan yang majoritinya pengundi Kadazandusun Murut yang dikatakan terpinggir daripada perhatian Kerajaan Persekutuan.

Profesor Madya Dr Jeniri Amir meramalkan Sabah ini antara negeri yang bakal menyaksikan peningkatan jumlah kerusi yang dikuasai embangkang dengan jumlah agak besar berbanding negeri-negeri lain.

“Sentimen rasa terpinggir ini kuat walaupun kerajaan memberikan tumpuan. Mungkin mereka (pengundi) rasa belum lagi memadailah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambahnya, isu pembangunan dan semangat Sabah merupakan perkara pokok kepada punca ketidakpuasan hati pengundi di sana.

Meskipun begitu, beliau berpendapat, BN masih menjadi pilihan pengundi Melayu di Sabah.

“Soal federelisma, semangat Sabah dan pembangunan merupakan isu untuk Kadazan Murut ini. Tapi, saya percaya golongan Melayu Islam masih lagi menyokong BN,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kata Jeneri, perlu meletakkan calon anak jati sebagai strategi untuk meraih sokongan pengundi di kawasan-kawasan yang berpotensi wujudnya sentimen kaum.

“BN perlu kerja lebih kuat untuk mengekalkan kerusi. Jentera pilihan raya perlu lebih efisyen, calon lebih berwibawa daripada kaum berkenaan, anak tempatanlah,” kata beliau.

BN Sabah menyandang 21 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) masing-masing dua kerusi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast