Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Sentuhan Rakyat bersama Penduduk Kuala Selangor di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3, Kuala Selangor, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 21 MAC 2018.

KUALA SELANGOR -Puncak Alam bakal mempunyai balai polis yang akan disediakan oleh kerajaan persekutuan demi memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu sentiasa terjamin.

Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkan perkara itu turut meluluskan permintaan penduduk yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim agar diwujudkan Dewan Serbaguna TN50 berdekatan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3.

“Apa masalahnya, balai polis? Lulus! Saya juga arahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk bina dewan serbaguna dekat SK dan SMK Puncak Alam 3,” katanya pada program Sentuhan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan kerja menaikkan taraf jalan di perkarangan kawasan-kawasan pangsapuri akan dilakukan.

Pada program sama, Ahmad Zahid menyampaikan elaun kepada Persatuan Nelayan.

Turut diadakan Program Jualan Sentuhan Rakyat dan Jualan ikan segar.

Hadir pada majlis Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Adun Jeram Dato Amiruddin Setro, Adun Kota Damansara Datuk Halimahton Saadiah Bohan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast