KUALA LUMPUR – Sebuah lori minyak terbalik di Km35.8 arah barat (Gombak), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh 15 kilometer sejak 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) berkata kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Beliau berkata susulan kejadian itu laluan kontra telah diaktifkan dari Km37 hingga Km35.1 arah timur.

“Kerja-kerja pembersihan jalan sedang giat dilakukan ekoran minyak tumpah daripada lori yang terbabas, ” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata usaha mengalihkan lori berkenaan sedang dilakukan, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast