Home Nasional Piala FA: Penyokong diminta guna MRT

Piala FA: Penyokong diminta guna MRT

MRT

KUALA LUMPUR – Para penyokong pasukan Red Giants dan Kuala Lumpur diminta menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) untuk menyaksikan perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Cadangan itu dibuat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Rapid KL dalam kenyataannya berkata, para penyokong berpeluang menggunakan perkhidmatan bas perantara T400 yang disediakan di Stesen MRT Cochrane dengan tambang RM1 untuk satu perjalanan.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) hanya perlu ke Stesen MRT Maluri kerana bas perantara T400 melalui stesen itu.

Menurut Rapid KL, pihaknya akan kekerapan bas di sebelah malam, bergantung bergantung kepada arahan pihak berkuasa stadium.

Seain itu, penyokong boleh menggunakan perkhidmatan parkir dan gerak (park and ride) yang disediakan di Stesen MRT dan Stesen LRT terpilih dan meneruskan perjalanan menaiki tren. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast