foto: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

MUAR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan Parit Jawa di sini, menemui dua daripada 14 anak kapal yang dilaporkan hilang dalam kejadian tiga hari lepas itu.

Kedua-duanya tiba dengan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di jeti nelayan Pantai Leka, Parit Jawa di sini masing-masing pada 3.20 petang dan 4 petang tadi.

Mangsa kemudian digegaskan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Anggota media yang berada di lokasi difahamkan ada beberapa lagi mangsa yang akan dibawa naik oleh pasukan SAR.

Rabu lalu, pasukan SAR menjumpai empat anak kapal warga China dengan seorang daripadanya meninggal dunia. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast