LOS ANGELES – Apple Inc. bakal memperkenalkan iPad dan perisian pendidikan berkos rendah baharu minggu depan di dalam usahanya untuk memenangi hati pelajar dan guru yang sebelum ini merupakan pengguna Google dan Microsoft Corp.
Dalam acara pelancaran produk terbesar pertamanya tahun ini, Apple akan kembali ke tempat ia bermula iaitu pasaran pendidikan.
Acara kali ini agak berbeza kerana ini merupakan kali pertama Apple membuat pelancaran di luar negeri asalnya, California.
Steve Jobs menjadikan sekolah sebagai keutamaan pada awal kemunculan Apple namun sejajar dengan perkembangan syarikat teknologi itu yang mahu memacu pasaran lebih besar dengan produk-produk bermargin tinggi, Google dan Microsoft telah berjaya mencuri perhatian para pelajar dan guru menerusi komputer riba dan tablet yang lebih murah.
Mengikut firma penyelidikan Frost & Sullivan, tahun lepas, pasaran pendidikan teknologi global menjana perolehan sebanyak AS$17.7 bilion. – Agensi