MANCHESTER – Agen Mino Raiola menyifatkan Pengurus Manchester City sebagai hipokrit dan ‘kosong’ sebagai manusia biasa.
Raiola yang merupakan agen pemain Manchester United, Paul Pogba dan Romelu Lukaku melancarkan serangan ke atas Pep Guardiola dalam insiden terbaharu.
Agen warga Itali itu tidak menyukai Guardiola sejak didakwa memaksa Zlatan Ibrahimovic meniggalkan Barcelona pada 2011.
Malah Guardiola juga didakwa membesarkan isu itu menerusi temubual dengan majalah sukan.
Dalam temubual dengan majalah Belanda, Quote, Raiola berkata: “Sebagai jurulatih Pep Guardiola sangat mantap tetapi sebagai seorang manusia dia ‘zero’.
“Dia umpama pendita klasik yang sesuka hati mengarahkan pemain mengikuti kemahuannya secara paksaan.
“Jika Man City menjulang kejuaraan Eropah, ia akan membuktikan kebolehan Pep tetapi bukan sebagai manusia.. saya benci dia,” katanya.
Ibrahimovic dipaksa menyertai AC Milan oleh Guardiola sejurus selepas mengambil alih pengurusan di Nou Camp tujuh tahun lepas. – Agensi