Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUCHING – Enam lelaki, berumur antara 20 dan 27 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di hadapan Balai Polis Batu 10, Kota Padawan ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Datuk Dev Kumar berkata, kesemua mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan sebagai merusuh dan Seksyen 427 kanun sama sebagai khianat.

Kesemua enam suspek akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.

Insiden merusuh pada 25 Mac kira-kira jam 8.30 malam itu bermula apabila seorang daripada suspek dikatakan tidak puas hati dengan tindakan seorang lagi yang tidak memberinya laluan ketika memandu di Pasaraya Giant, Batu 10 lalu mengekorinya ke pasar raya tersebut sebelum bertindak merosakkan kereta lelaki berkenaan.

Kedua-dua pihak kemudiannya ke balai polis untuk membuat laporan berikutan kejadian pecah kereta yang berlaku di tempat letak kereta .

Dev berkata, bagaimanapun video insiden itu telah tular menerusi media sosial dan banyak komen diterima tentang kegagalan pihak polis bertindak meredakan keadaan yang tercetus di hadapan balai.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas perkara tersebut dan setakat ini pihak polis belum dapat mengulas lanjut mengenainya hingga siasatan dalaman selesai,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast