Luke Shaw. Foto Daily Express

BARCELONA – Pemain Manchester United, Luke Shaw kini boleh tersenyum seketika kerana Barcelona dilaporkan sedia menawarkan tempat kepada dirinya pada musim panas ini.

Shaw, 22, dilabel setengah pihak sedang dibuli berikutan layanan tidak adil yang diberikan oleh Jose Mourinho.

Namun ia bukan penamat karier pemain pertahanan kiri itu apabila  kelab gergasi dari Sepanyol itu sudah bersedia menarik Shaw sebagai pemain bek utama yang baharu.

Barca percaya kontrak bersama Shaw akan menjadi satu urusan yang tepat walaupun turut dikaitkan dengan pemain Bayern Munich, David Alba.

Sementara itu, Liverpool pula terpaksa menunggu lebih lama apabila Dani Ceballos dilaporkan boleh meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini, lapor Mundo Deportivo.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya menyertai Real pada Julai lalu, tetapi berdepan detik sukar ketika masa permainan di Madrid dan kini dikatakan sudah dibenarkan untuk pindah ke kelab lain. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast