Liow Soon Hee

PUTRAJAYA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini menafikan akan menganugerahkan pangkat kehormat Rela kepada ahli perniagaan Datuk Seri Liow Soon Hee yang memukul tiga anggota Rela pada Oktober tahun lalu.

RELA dalam satu kenyataan berkata ia memandang serius dakwaan lelaki berkenaan dalam video berdurasi kira-kira empat minit yang tular di media sosial kononnya beliau akan dianugerahkan pangkat kehormat RELA oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam video tersebut, Datuk Seri itu mendakwa adik Timbalan Perdana Menteri meminta abangnya untuk memberi beliau pangkat untuk mengetuai RELA.

Lelaki itu ditahan polis pada 31 Oktober tahun lepas kerana didakwa memukul tiga anggota Rela yang sedang bertugas di sebuah tokong dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 3 November tahun lepas, Liow mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan ke atas tiga anggota Rela yang sedang bertugas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast