Home Nasional Tindakan sita kapal Equanimity dicabar di mahkamah AS, Indonesia

Tindakan sita kapal Equanimity dicabar di mahkamah AS, Indonesia

Kapal Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low. foto Agensi

LONDON – Equanimity (Cayman) Limited yang merupakan pemilik sah kepada kapal Equanimity mencabar tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) di mahkamah Indonesia dan Amerika Syarikat di bawah undang-undang kedua-dua negara tersebut.

Syarikat itu mendakwa kedua-dua pihak itu telah bertindak di luar batasan peraturan undang-undang ketika menyita kapal mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low dan 1Malaysia Development.

Kapal mewah berharga AS$250 juta itu telah disita di Bali pada bulan lalu ketika berada di perairan Indonesia.

Dalam kenyataannya, Equanimity Ltd. berkata, selaku pihak yang menuntut, ia telah memfailkan tuntutan itu kepada mahkamah Amerika Syarikat dan Indonesia berhubung tindakan tersebut.

Menurutnya, DOJ telah menggantung kes berhubung kapal itu sejak akhir tahun lalu dan sejak itu ia tidak pernah melakukan apa-apa tindakan untuk meletakkan kes tersebut ke hadapan atau membuktikan sebarang ketidakpatuhan telah berlaku.

Bagaimanapun, sementara menunggu pengadilan, DOJ cuba bertindak merampas kapal di Indonesia, kata Equanimity Ltd. dalam kenyataan.

Tambahnya, tindakan DOJ memfailkan kes di California sebagai satu percubaan untuk menggunakan tuduhan persengketaan tentang kelakuan lampau ke atas kertas berhubung tindakan yang menyalahi undang-undang sendiri di Indonesia.

“Tindakan yang dicadangkan oleh DoJ ini akan secara drastik mengurangkan nilai kapal dan mendedahkan kapal dan anak kapalnya kepada bahaya di laut,” katanya.

Jelasnya, tindakan itu benar-benar tidak perlu kerana pihak yang menuntut sentiasa ada dan sentiasa bersedia dan siap sedia untuk menjual kapal itu sementara menunggu kes DoJ, dengan syarat penjualan itu dilakukan mengikut keadaan pasaran, mencerminkan nilai harga kapal yang sebenar dan berpatutan.

“Pendekatan yang diambil oleh DOJ ini akan hanya menjejaskan nilai kapal yang belum pun lagi menunjukkan apa-apa hak undang-undang untuk menuntut,” kata Equanimity Ltd.

Ujarnya, DOJ juga tidak mengambil sebarang langkah untuk membuktikan kes atau haknya untuk kapal itu dan tidak ada penemuan sebarang kesalahan berlaku.

Walaupun ia boleh mengambil mana-mana tindakan pada bila-bila masa, sebaliknya DOJ memilih untuk menyita kapal yang tidak diakui di perairan Indonesia hingga boleh menjejaskan nilai kapal tersebut.

Lantaran itu, selaku pihak menuntut, sebagai pemilik kapal, Equanimity Ltd berhak untuk terus melindungi hak dan hartanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast