KUALA LUMPUR – Sebanyak 920 orang pembeli rumah bertuah berjaya dalam undian bagi projek pembangunan PR1MA@Brickfields.
Projek di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) itu menerima 18,088 permohonan atau terlebih langganan sebanyak 19.7 kali.
Kediaman bertingkat itu akan dibangunkan di kawasan seluas 6.37 ekar dengan nilai pembangunan kasar lebih daripada RM400 juta, dijangka siap pada tahun 2021.
PR1MA@Brickfielsd yang dijual dari harga RM270,000 itu dilengkapi dengan surau, tadika, dewan komuniti, kolam renang, gimnasium dan kedai.
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, sambutan itu menunjukkan permintaan bagi kediaman PR1MA cukup kukuh di lokasi-lokasi utama.
Sebelum ini, projek perumahan PR1MA@Jalan Jubilee di Kuala Lumpur terlebih langganan sebanyak 27 kali. – MalaysiaGazette