Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yakin mampu menambat hati pengundi, sekiranya dipilih untuk terus bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ini (Parlimen Titiwangsa) adalah tempat lahir dan saya sendiri dibesarkan di sini.

Dengan apa yang telah saya lakukan sejak lima tahun lepas kepada warga Titiwangsa, saya yakin tidak mustahil untuk terus kekal di Parlimen ini sekiranya dipilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Hati Wanita 2018 Women Quran Hour di sini hari ini.

Dalam Majlis itu, lebih 500 pengunjung termasuk pelajar, ibu tunggal dan usahawan berkumpul dan membaca Al-Quran beramai-ramai dengan tema Baca, Faham dan Amal.

Ketika ditanya mengenai khabar angin terdapat calon lain yang akan dipilih Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU14, Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa berkata beliau tiada masalah dengan perkara berkenaan.-BERNAMA