Datuk Seri Hamzah Zainudin. foto IQBAL BASRI, 03 APRIUL 2018.
Datuk Seri Hamzah Zainudin. foto IQBAL BASRI, 03 APRIUL 2018.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainudin bersedia sekiranya tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, sudah tentu beliau gembira sekiranya dipilih untuk kali ketiga bertanding di kawasan itu.

“Saya pun tak tahu sama ada saya diletakkan semula sebagai calon ataupun tidak kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasakan saya sudah melakukan yang terbaik saya bersyukur kalau diletakkan semula.

“Sebab saya terbuka dan yang penting bagi saya adalah perjuangan iaitu nak menentukan kerajaan yang ada adalah kerajaan yang kuat kerajaan yang bertanggungjawab berhemah,” katanya.

Hamzah menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pilihan berdasarkan penilaian prestasinya sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal di Larut.

“Kalau dia kata saya tidak baik tugasan saya selama ini dan saya tidak lagi menjadi calon saya terima,” beliau berkata demikian ketika sidang media di majlis Jamuan Makan Tengah Hari KR1M 2.0.

Hamzah menyandang Ahli Parlimen Larut semenjak pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan saingannya dari Pas

Pada PRU12 beliau meraih 15,878 undi manakala Dr. Mohd Dhari Ohtman calon Pas mendapat 13,967 undi.

Pada pilihan raya lalu, undi yang diraihnya meningkat kepada 12,184 mengalahkan Mohd Fauzi Sa’ari (16,888). – MalaysiaGazette