Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menghadiri majlis Majlis Penyerahan Geran Tanah Bukit Selambau 1 dan 2 di Bukit Selambau, Kedah.

BUKIT SELAMBAU – Tidak ada sikap memilih dalam pembangunan di Kedah walaupun kawasan tersebut dimenangi pembangkang, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Ahmad Bashah Md Hanipah

Ahmad Bashah berkata pentadbirannya mengambil pendekatan adil dalam menyalurkan bantuan dan memberikan pembangunan disesebuah kawasan walaupun ia dimenangi oleh blok pembangkang sekali pun.

“Kerajaan saya adil kepada rakyat, walaupun Bukit Selambau ini kita kalah tapi kita tak pernah meminggirkan mereka dan pembangunan sama adil diberikan kepada rakyat disini,” kata semasa Majlis Penyerahan Geran Tanah Bukit Selambau 1 dan 2 hari ini.

Terdahulu, seramai 232 peneroka Felcra Bukit Selambau 1 dan 2 menerima geran tanah selepas hampir 24 tahun menanti.

Oleh sedemikian, Ahmad Bashah berharap pengundi Bukit Selambau khususnya masyarkat India tidak lagi membuat kesilapan semasa pilihan raya umum ke-14 nanti apabila memilih wakil rakyat yang jarang-jarang turun padang untuk melihat nasib rakyat.

“Jadi, masyarakat India janga buat kesilapan lagi… wakil rakyat pembangkang disini tidak berkhidmat kepada rakyat dan beliau pun jarang-jarang turun melihat nasib rakyat disini,” ujarnya lagi.

Menurut Ahmad Bashah, sejak dua penggal Bukit Selambau dimenangi pembangkang masalah kedaifan penduduk tidak diambil endah dan beliau sangat terkesan melihat kesusahan rakyat disitu.

“Dua penggal kita kalah, penduduk disini terlalu daif dan ini tidak diendahkan oleh wakil rakyat (pembangkang).

“Saya melawat kampung di Ladang Rusa tadi, saya lihat mereka terlalu daif dan saya berjanji untuk bangunkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) disitu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarkat Melayu dan India,” ujarnya.

Semasa lawatan tersebut juga, Ahmad Bashah mengumumkan peruntukan RM150 ribu untuk membaiki rumah penduduk di ladang tersebut yang sudah terlalu usang.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah juga menggesa supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan cerita-cerita dibawa pembangkang yang mentohmah agensi Felcra dan Feldan kerana mereka mempunyai niat untuk memesongkan pemikiran rakyat.

“Orang nak memesongkan pemikiran kita kerana ada sesuatu udang disebalik batu… mereka nak memesongkan kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast