Juara dunia berganda, Sally Pearson menarik diri dari temasya Komanwel Gold Coast 2018 akibat kecederaan pada Selasa lalu.

BRISBANE – Juara dunia 100 meter berpagar wanita, Sally Pearson secara rasminya menarik diri daripada bertanding dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Beliau membuat pengumuman mengejut itu berikutan kecederaan yang melanda dirinya.

Bagaimanapun dia tidak mahu menghampakan penyokongnya dengan berjanji tidak akan berundur dari dunia balapan.

Ratus emas Olimpik, juara dunia berganda dan juara emas berganda acara 100 meter berpagar wanita membuat pengumaman itu hari ini.

Katanya, kecederaan pada tumit kaki dua hari lalu semasa sesi latihan kampung atlet menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada menyertai GC2018 yang membuka tirai hari ini.

“Saya telah melakukan segala yang terbaik untuk keluar dari kecederaan dan mengambil bahagian pada temasya kali ini.

“Lagipun saya begitu bersemangat semasa sesi menanaskan badan (dua hari lalu) dan pergi untuk larian berpagar tetapi tak dapat melakukannya, malang tak berbau.. saya sedih dan anda boleh melihat air mataku.

“Saya terpaksa mengutamakan kesihatan saya dan tidak mahu mengambil risiko.Tapi saya mahu mengambil bahagian pada temasya Tokyo 2020 (Olimpik),” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast