Home Ekonomi Indonesia mahu pendapatan negara dari sumber seni

Indonesia mahu pendapatan negara dari sumber seni

JAKARTA- Presiden, Joko Widodo berhasrat untuk mengurangkan pengantungan kepada sumber alam dengan menggantikannya kepada hasil filem, fesyen dan kraftangan.

Pertumbuhan daripada industri-industri kreatif ini dirancang supaya melangkaui paras Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira lima peratus, kata Ketua Agensi Ekonomi Kreatif Indonesia, Triawan Munaf.

Sektor-sektor tersebut merangkumi kira-kira 7.4 peratus daripada KDNK Indonesia atau kira-kira 1,000 trilion rupiah (AS$73 bilion) pada 2017 dan Jokowi merancang untuk meningkatkannya kepada 9 peratus 2020

Ekonomi Indonesia terlalu lama bergantung kepada industri berasaskan sumber semulajadi dan sejak 2015, Jokowi telah menubuhkan agensi untuk ekonomi kreatif untuk mempromosikan pelaburan asing seperti hiburan, fesyen dan makanan proses.

Langkah kerajaan membenarkan pelaburan asing dalam filem, pengagihan filem dan pameran sehingga menarik pelabur asing termasuk 21st Century Fox Inc. dan Lotte Cinema Co. dari Korea Selatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast