Pengerusi Pakatan HARAPAN, Tun Mahathir Mohamad diiringi Presiden Pakatan HARAPAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Timbalan Presiden Pakatan HARAPAN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu menunjukkan LOgo Pakatan Harapan yang ditolok permohonannya oleh ROS di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak akan berjaya mengekalkan pengaruhnya seperti PRU-13 malah akan semakin goyah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Jelasnya, ia adalah berpunca daripada kegagalan Tun Mahathir Mohamad yang masuk dalam gabungan itu untuk mencetuskan ‘Tsunami Melayu’ seperti yang diharap-harapkan.

“Rafizi Ramli berkata kajian Invoke telah mendedahkan bahawa Mahathir gagal mencetuskan ‘Tsunami Melayu’ dan itu sepatutnya menjadi peranan Mahathir dan PPBM.

“Tanpa ‘Tsunami Melayu’ ini, pencapaian PH mungkin lebih buruk daripada pada PRU-13 apatah lagi memenangi 120 kerusi Parlimen yang mereka sasarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Salleh Said Keruak

Tambah Salleh, demi meraih pengundi Melayu, PH nampaknya tidak ada jalan lain selain menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU-14.

“Ssebab itulah PH mungkin menggunakan logo PKR sebagai logo PH. DAP berkata ia tidak menggunakan logonya sendiri dalam PRU-14 manakala logo PAN mungkin menyebabkan pengundi Cina menjauhkan diri kerana imej Islamnya. Jadi yang tinggal hanyalah logo PKR.

“Penggunaan logo PKR sebagai logo bersama adalah strategi mereka untuk memperdayakan orang Melayu untuk mempercayai bahawa Pakatan menjadi lebih Melayu,” ujar beliau. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast