minyak

SEOUL- Harga minyak dan saham jatuh hari ini selepas ancaman Presiden Donald Trump terhadap tarif baharu China menyemarakkan lagi kebimbangan terhadap perang perdagangan di antara dua ekonomi terbesar dunia.

Semalam, Presiden Trump mengarahkan pegawai perdagangan AS memberi pertimbangan terhadap tambahan AS$100 bilion tarif ke atas China, sekaligus meningkatkan ketegangan dengan republik berkenaan.

Penghantaran minyak mentah LCOc1 bagi Jun jatuh 38 sen atau 0.6 peratus pada AS$67.95 setong pada 0143 GMT.

Minyak mentah US West Texas Intermediate bagi penghantaran bulan Mei jatuh 43 sen atau 0.7 peratus pada 63.11 setong. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast