Abdullah Mat Yasim

KUALA LUMPUR – Jawatan dalam parti bukan tiket untuk seseorang ketua bahagian dari empat peringkat mensyaratkan dirinya wajib dipilih sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim berkata, tidak ada sesiapa pun yang meminta mereka bertanding atas tiket Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Bahagian.

Katanya, yang berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan calon PRU ialah Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hanya presiden ada hak untuk menentukan calon bertanding, dan beliau mesti memilih mereka (calon) yang boleh beri kemenangan kepada parti,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas desas desus kononnya Ketua Bahagian di empat peringkat dan sayap seolah wajib dipilih sebagai calon PRU.

Menurut Abdullah, mana-mana ketua bahagian dan sayap yang tidak terpilih sebagai calon, tidak boleh kecewa atau berdendam kerana presiden membuat pilihan terbaik yang mengambil kira kepentingan parti dan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.