Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuatkuasa esok selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengumuman itu dilakukan secara langsung pada pukul 12.15 tengah hari tadi selepas mengadap Sultan Muhammad V.
Serentak itu, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri akan menemui ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya diadakan secara serentak.
#bubarparlimen #PRU14