Foto Facebook Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan juga penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengotakan janji untuk sentiasa berada di belakang pasukan Kelantan dan pengurusan baharu di bawah pimpinan Bibi Ramjani Illias Khan.

Terbaharu dalam status laman rasmi Facebook miliknya,  Annuar memaklumkan telah memberikan sumbangan sebanyak RM320,000 kepada KAFA.

Jumlah itu adalah untuk membantu KAFA menjelaskan bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk The Red Warrior.

Annuar mengesahkan yang beliau sudah memaklumkan hal itu kepada Presiden KAFA, Bibi Ramjani.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menyatakan komitmen akan berusaha untuk membantu KAFA sekadar mampu dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelantan.

Kelantan ketika ini dalam proses rombakan pasukan di bawah kendalian jurulatih baharu, Fajr Ibrahim.

Pada masa sama, beberapa pemain sudah diarahkan mencari kelab baru dan digugurkan.

Fajr mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Kelantan berada di tangga ke-11 Liga Super 2018 selepas lima perlawanan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast