KANADA- Seramai 14 orang dilaporkan maut setelah sebuah bas yang membawa pasukan hoki ais Kanada nahas kemalangan jalan raya hari ini.
Polis Kanada menhgesahkan 14 orang pemain pasukan Humboldt Broncos dalam bas terkorban.
Pasukan hoki junior semasa kejadian sedang dalam perjalanan di lebuh raya 35, Utara Tisdale wilayah Saskatchewan.
Bas yang membawa pemain hoki ais dipercayai bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya itu pada pagi Jumaat sekitar jam 5 petang waktu tempatan.
Pasukan junior itu yang sedang beraksi dalam Liga Hoki Junior Saskatchewan sedang dalam perjalanan untuk mengharungi pusingan penentuan menentang Nipawin Hawks.
Kesemua mangsa berusia diantara 16 hingga 21 tahun.
Polis Diraja Kanada berkata, seramai 28 orang berada dalam bas dan 14 daripadanya maut termasuk pemandu bas.
Sekumpulan 14 lagi yang terselamat dikejarkan ke hospital manakala tiga dilaporkan kritikal.
Dalam akaun twitternya, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang terkejut dengan insiden itu berkata:” Saya tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan ibu bapa mangsa mampu menerima kesakitan ini.
Menurut Inspektor Ted Munro, usaha menyelamatkan mangsa sedang dilaksanakan dan pusat gerakan maklumat dan sokongan telah diwujudkan untuk membimbinga ahli keluarga mangsa di Gereja Nipawin Apostolic.
Myles Shumlanski, bapa kepada salah seorang pemain terlibat kemalangan ngeri itu. tiba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan dari anaknya.- MalaysiaGazette