Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan meraikan kemenangan sebaik melintasi garisan penamat acara 100 meter Sukan SEA KL 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. foto SAFWAN MANSOR, 22 OGOS 2017
 GOLD COAST – ‘False Start’ pada saringan kesembilan acara 100m lelaki ternyata mengganggu momentum sekali gus merencatkan prestasi jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan di Sukan Komanwel 2018 di sini hari ini.

Pelari berusia 19 tahun itu mencatatkan masa 10.50s untuk berada di tempat keempat saringan kesembilan pusingan pertama di Carrara Sports and Leisure Centre.

“Mungkin saya agak hilang fokus sikit lepas nampak orang sebelah lebih laju dan memintas saya.

Masa yang dicatat Khairul Hafiz itu jauh tersasar dari rekod peribadi yang juga merupakan rekod kebangsaan iaitu 10.18 yang dilakukan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 serta catatan masa tahunannya iaitu 10.24s.

Hanya dua terbaik daripada setiap saringan dan enam pelari terpantas keseluruhan layak mara ke pusingan separuh akhir, petang ini.

Peluang beraksi buat pertama kali di Sukan Komanwel merupakan satu pengalaman yang akan membuatkan beliau lebih matang dan berdaya saing di masa hadapan.

Khairul Hafiz, yang juga dikenali sebagai ‘The Speedy Jantan’ akan menggalas cabaran negara dalam acara 4x100m, Jumaat ini.

Selain Khairul Hafiz, skuad 4x100m negara dibarisi Jonathan Nyepa, Nixson Kennedy, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Rayzam Shah Wan Sofian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast