Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dipercayai pekerja Indah Water Konsortium terkejut apabila menemui mayat bayi di dalam loji kumbahan perumahan Mentari Court, Bandar Sunway, Jalan PJS 8/9 hari ini.

Polis mengenalpasti janin bayi yang cukup sifat itu lelaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din mengesahkan insiden itu sambil menegaskan polis menerima panggilan sekitar pukul 10 pagi hari ini mengenai penemuan mayat bayi itu.

“Polis terima panggilan kecemasan 999 daripada seorang pengadu wanita bernama Alicia tentang penemuan mayat bayi itu dalam loji kumbahan IWK itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, mayat bayi itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk tindakan lanjut.

Tegas beliau polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast