Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR –  Semua sekolah diberikan cuti peristiwa khas pada 9 Mei sempena hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Ketua Pengarah Pendidikan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai cuti itu dalam masa terdekat.

“Sekolah akan diberi cuti peristiwa pada 9 Mei ini.

“Sementara itu, sebanyak 6,941 sekolah telah ditetapkan sebagai pusat pembuangan undi pada hari tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-57 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini yang menetapkan 9 Mei depan iaitu Rabu yang merupakan hari persekolahan.

SPR turut menetapkan 28 April sebagai hari penamaan calon diikuti kempen selama 11 hari dan  hari pengundian awal pada 5 Mei. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast