Nauraj Singh Randhawa

GOLD COAST – Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei tidak mahu menjadikan kecederaan ‘hamstring’ sebagai alasan kegagalannya meraih pingat pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Olimpian berusia 30 tahun itu ternyata kecewa dengan prestasinya pada aksi final lompat tinggi di Carrara Sports and Leisure Centre itu, selepas hanya mampu membuat lompatan setinggi 2.21m.

Beliau mengalami kecederaan ‘hamstring’ ketika ketinggian 2.24m, sekali gus menamatkan aksinya pada final apabila gagal membuat sebarang lompatan pada ketinggian tersebut.

Hup Wei yang membuat penampilan kedua di Sukan Komanwel kali ini menamatkan saingan di tempat kelapan berbanding pada penampilan pertamanya pada 2010 di New Delhi, beliau menduduki tempat kelima.

Beliau yang memegang rekod peribadi terbaik setinggi 2.28m, berkata akan kembali ke Malaysia terlebih dahulu bagi memastikan kecederaannya pulih sebelum memulakan latihan intensif di luar negara.

Sementara itu, atlet podium negara, Nauraj Singh Randhawa yang mencatat ketinggian 2.18m untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-10, mengakui sangat kecewa namun perlu memandang ke hadapan dan fokus terhadap kejohanan seterusnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast