Gambar hiasan

HARARE – Zimbabwe akan menerima dua buah daripada empat pesawat Boeing 777 milik Malaysia bulan ini manakala lapan lagi pesawat Embraer pada masa akan datang dalam usaha syarikat berkenaan memulihkan perniagaannya.

Kerajaan akan mengekalkan pemilikan pesawat terpakai daripada Malaysia Airlines itu dan memberi nama Zimbabwe Airlines kerana syarikat milik negara, Air Zimbabwe sedang membangunkan satu pelan perniagaan yang kukuh, kata Menteri Kewangan, Patrick Chinamasa kepada pemberita di sini.

Air Zimbabwe mempunyai hutang sebanyak AS$330 juta dan dilarang daripada beroperasi di Kesatuan Eropah pada Mei tahun lepas disebabkan isu keselamatan- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast