Home Ekonomi Allianz tawar bayaran penuh batal perjalanan pada PRU14

Allianz tawar bayaran penuh batal perjalanan pada PRU14

KUALA LUMPUR – Allianz Malaysia menawarkan pemulangan bayaran penuh untuk pelanggan-pelanggan yang terpaksa menukar atau membatalkan perancangan perjalanan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Pelanggan-pelanggan yang telah merancang perjalanan mereka antara 6 dan 9 Mei 2018 boleh membatalkan pembelian polisi Allianz Travel Care dan menerima bayaran balik penuh tanpa kos tambahan.

Pelanggan-pelanggan yang ingin melakukan pembatalan boleh berbuat demikian di cawangan Allianz berdekatan, melalui ejen atau hubungi Pusat Panggilan.

Semua pembatalan mesti dilakukan sebelum 5 Mei 2018.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan-pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Allianz di 1300-88- 1028 atau hubungi kami melalui Facebook di facebook.com/AllianzMalaysia/. – MalaysiaGazette