Mohd Khaidir menunjukkan dua borang pencalonan yang dibeli di pejabat SPR Kuantan.

KUALA LUMPUR – Bekas wartawan penyiaran TV3, Mohd. Khaidir Ahmad mengesahkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen atas tiket bebas pada PRU-14.

Menurutnya, beliau telah membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kuantan semalam dan memilih bertanding di kerusi Parlimen Temerloh serta DUN Lanchang.

“Saya sudah tekad akan memasuki gelanggang perjuangan yang lebih besar bagi membawa suara alam dan pembelaan rakyat marhain ke Dewan Rakyat dan DUN.

“Saya sedar tidak ada banyak wang untuk meraih undi tetapi keyakinan saya keada kekuasa Allah mengatasi segala-galanya,” katanya kepada media di Temerloh hari ini.

Mohd Khaidir menyertai dunia kewartawanan pada Januari 1983 sebagai Wartawan Kadet di akhbar Berita Harian, sebelum beralih ke arah ke media penyiaran TV3 sebagai ketua wartawan.

Beliau berhenti dari TV3 pada Disember 2014 dan terlibat secara langsung dalam bidang penternakan ikan dan memegang jawatan sebagai Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast