SIiti Zalina Ahmad (kiri) dan Emma Firyana Saroji.

GOLD COAST – Skuad boling padang negara meraih emas acara pairs wanita selepas menewaskan Afrika Selatan 15-14 di Sukan Komanwel 2018 hari ini.

Dalam aksi final yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club di sini, Siti Zalina Ahmad bergandingan dengan Emma Firyana Saroji yang bermula agak longlai pada tiga ends pertama ketinggalan 7-0 kepada gandingan Nicolene Neal dan Colleen Piketh.

Gandingan negara yang sedikit pun tidak goyah mula mengutip mata demi mata sehingga ends ke-10 dan masih ketinggalan 3-12.

Bermula dari situ, pasangan negara mula mengutip mata dan merapatkan jurang pada ends ke-16, selepas berjaya mengutip empat mata untuk meletakkan Malaysia dengan kedudukan 12-13 sebelum menamatkan semua 18 ends dengan 15-14.

Ini merupakan pingat emas pertama dalam acara pairs di temasya Sukan Komanwel.

Ia merupakan pingat emas keempat buat kontinjen negara dan emas yang dinanti-nantikan skuad boling padang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast