The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur
Lokasi yang sesuai berada di tengah-tengah pusat bandaraya, The Grand Campbell menyediakan pakej pelamin, juadah kepada tetamu, termasuklah kemudahan untuk pengantin berdandan dengan bilik hotel dengan dekorasi khas.

KUALA LUMPUR – Jika dulu, majlis perkahwinan sering diadakan di kampung dan taman perumahan sendiri dengan penuh adat tradisional.

Kini ramai memilih mengadakan majlis di hotel-hotel yang mudah dengan pakej serba lengkap termasuk mengekalkan ciri-ciri budaya dan warisan.

Tapi ada pula mendakwa orang kaya sahaja mampu membuat majlis perkahwinan di hotel.

Realitinya sekarang semua orang mampu memilih hotel untuk menganjurkan sebarang majlis dan salah satunya di Hotel The Grand Campbell di ibu kota.

Hotel berkenaan menawarkan pakej perkahwinan lebih murah daripada hotel yang lain.

Melalui tawaran harga bermula daripada RM50 sekepala pasangan yang ingin berkahwin boleh melangsungkan majlis di hotel dengan undangan minimum 500 sehingga 1,000 jemputan.

Menurut Pengurus hotel berkenaan, Ahmad Shazli Abdul Ghafar, inisiatif hotel The Grand Campbell bertepatan untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dengan kos perbelanjaan yang berpatutan.

“Kami menetapkan harga ini dengan mempertimbangkan kos perbelanjaan yang hari ini semakin meningkat ditambah pula selalunya hotel-hotel tidak menawarkan harga seperti kami,” katanya.

Lokasi yang sesuai berada di tengah-tengah pusat bandaraya, The Grand Campbell menyediakan pakej pelamin, juadah kepada tetamu, termasuklah kemudahan untuk pengantin berdandan dengan bilik hotel dengan dekorasi khas.

Selain itu hotel ini juga pada bulan Ramadan yang bakal menjelang nanti akan mengadakan bufet dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM75 untuk dewasa manakala RM40 untuk kanak-kanak dengan lebih 100 juadah.

Antara juadahnya adalah kambing golek, kebab shawarma, sambal jawa, aneka sup, nasi campur, ikan bakar, ayam percik dan bermacam lagi termasuklah pencucu mulut.

“Bufet Ramadan akan dihidangkan di dewan Bunga Raya antara 7:30 hingga 9:30 malam yang boleh memuatkan 700 orang. Tempahan awal juga akan mendapat potongan harga serendah RM60 setiap orang,” katanya lagi.

Kepada orang muslim, tidak perlu gusar dengan hidangan dari hotel ini, tambah Shazli Hotel The Grand Campbell mendapat sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast