Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir pada Majlis Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di MAEPS, Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 13 APRIL 2018.

SERDANG – Semua pemandu teksi akan menerima RM800 menerusi Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang digunakan untuk pengisian petrol atau gas asli kenderaan (NGV).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan memperuntukkan RM53.6 juta untuk bantuan tersebut. 

Selain itu, tambahnya, kad tersebut juga terkandung insurans perlindungan kemalangan peribadi sebanyak RM50,000. 

“Dengan kad bantuan itu tuan-tuan dan puan-puan dapat mengisikan teksi dengan NGV atau petrol di stesen-stesen minyak Petronas,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). 

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD ), Tan Sri Isa Samad. 

Tambah Najib bantuan tersebut adalah untuk mengurangkan beban dan kos operasi harian para pemandu teksi. 

“Selain membantu meringankan beban ribuan pemandu teksi, pemberian insentif khas ini juga adalah sebagai pengiktarafan kerajaan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmatan dari pintu ke pintu kepada rakyat,” jelas beliau yang turut menyifatkan pemandu teksi sebagai duta kecil negara dalam industri pelancongan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast