SHANGHAI – Sebastian Vettel akan bermula daripada petak pertama pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix China esok apabila mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan petang ini.

Pemandu Ferrari itu mencactakan masa 1 minit 31.095 saat meninggalkan rakan sepasukan, Kimi Raikkonen dengan perbezaan 0.087 saat diikuti pelumba Mercedes, Valtteri Bottas.

Juara musim lalu, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes mencatatkan masa keempat terpantas.

Pada sesi kelayakan, Hamilton bergelut untuk mengawal jenteranya apabila beberapa kali terkeluar daripada litar sebelum berpusing.

Beliau meneruskan perlumbaan namun tidak mampu mendekati masa yang dicatatkan Vettel.

Seperti rakan sepasukannya, Bottas juga mengahadpi kesukaran apabila gagal memperbaiki masa ketika menggunakan tayar kompaun ultra soft yang sepatutnya mencatatkan masa yang lebih baik.

Pada sesi kelayakan itu, Max Verstappen (Red Bull-TAG Heuer) akan memulakan perlumbaan di petak kelima esok disusuli Daniel Ricciard0 (Red Bull-TAG Heuer) untuk petak keeman.

Ricciardo masih dapat mempamerkan pemanduan yang baik walaupun menghadapi masalah kegagalan enjin dengan krew mekaniknya bertungkus lumus memastikan jentera perlumbaan siap untuk menghadapi sesi kelayakan.

Ia merupakan pertukaran enjin kali kedua dalam tiga perlumbaan pada musim ini untuk pelumba warga Australia itu.

Pelumba Renault, Nico Hulkenberg menduduki tempat ketujuh diikuti Sergio Perez (Force India-Mercedes), Carlos Sainz Jr (Renault) dan Romain Grosjean (Haas-Ferrari).

Kedua-dua pasukan, Ferrari dan Mercedes akan memulakan perlumbaan dengan menggunakan tayar kompaun soft seperti yang digunakan pada sesi kelayakan kedua. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast