KUALA LUMPUR – Pesawat terbesar dunia Antonov, An-255 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 7 pagi ini selepas hampir dua tahun melawat Malaysia.
Bagaimanapun pesawat dikenali dengan galaran Mriya yang berlepas dari Damman, Arab Saudi pada pukul 2.32 waktu tempatan itu terpaksa berpatah balik kerana masalah teknikal.
Pasawat tersebut membuat beberapa pusingan untuk membuang bahan bakar sebelum kembali ke lapangan terbang tersebut.
Pada 14 Mei 2016, pesawat kargo yang membawa generator seberat 130 tan untuk dihantar ke Perth, Australia mendarat di KLIA pada pukul 8.30 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad, India untuk mengisi bahan bakar.
Mriya mempunyai keupayaan berlepas dengan berat 640 tan. – MalaysiaGazette