Kemenangan Manchester City 3-1 mengakhiri rekod tanpa kalah Spurs dalam 14 perlawanan EPL.

LONDON – Pendahulu liga, Manchester City semakin hampir untuk menjulang  Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Tottenham Spurs 3 -1 di Stadium Wembley pagi tadi.

City hanya dipisahkan dengan satu kemenangan daripada kejuaraan namun mampu bergelar juara pada hari ini jika Manchester United tewas malam ini.

Pada perlawanan itu, City mendahului menerusi Gabriel Jesus yang menerima hantaran daripada Vincent Kompany pada minit ke-22.

Tiga minit kemudian, Ilkay Gundongan menambah derita tuan rumah apabila menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Hugo Lloris.

Namun Christian Eriksen merapatkan jurang gol sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi percubaan yang melantun semula ke kakinya dan terus menerjah gawang.

Kemenangan itu mengakhiri rekod tanpa kalah Spurs dalam 14 perlawanan EPL.

Pasukan terakhir menewaskan mereka juga City pada 16 Disember lalu. – MalaysiaGazette