Home Ekonomi Haram minyak sawit, Iceland beri isyarat salah kepada pengguna

Haram minyak sawit, Iceland beri isyarat salah kepada pengguna

Gambar hiasan

JAKARTA – Keputusan rantaian pasar raya Britain untuk mengeluarkan produk minyak kelapa sawit daripada produk makanannya sendiri telah mengelirukan pengguna.

Kenyataan itu dibuat dalam kandungan surat oleh Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), Mahendra Siregar kepada Pengarah Urusan Iceland, Richard Walker bertarikh 13 April.

CPOC adalah sebuah lembaga minyak sawit yang diketuai oleh Indonesia dan Malaysia berkata

Ia susulan tindakan Iceland yang mengeluarkan produk-produk makanannya yang menggunakan minyak sawit menjelang akhir tahun ini disebabkan kebimbangan mengenai kemusnahan hutan akibat tanaman kelapa sawit.

Tindakan Iceland itu akan mengurangkan permintaan minyak sayuran sebanyak lebih 500 metrik setahun.

Iceland yang pakar dalam pengeluaran makanan beku beroperasi di 900 cawangan telah mengeluarkan hampir separuh daripada produknya yang menggunakan minyak sawit.

CPOPC berkata, permintaan bagi minyak sayuran terus berkembang dan penggantian minyak sawit dengan minyak sayuran lain seperti kacang soya dan biji sesawi dan bunga matahari akan mengakibatkan penggunaan tanah lebih besar antara 10 hingga 20 kali daripada jumlah sama yang dihasilkan oleh minyak sawit.

Pertumbuhan permintaan minyak sawit yang meluas telah menyebabkan penggunaan ladang kelapa sawit seluas 18 juta hektar di Indonesia dan Malaysia, menurut data dari kerajaan Indonesia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Indonesia dan Malaysia adalah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dan terbesar di dunia.

Pengkritik minyak sawit mendakwa perkembangan sektor sawit telah menyebabkan peningkatan dalam gas rumah hijau yang menjadi punca peningkatan suhu di planet ini.

Pekebun-pekebun sawit juga sering dipersalahkan kerana mengakibatkan kebakaran hutan yang kerap berlaku di Sumatra dan Kalimantan di Indonesia.

Parlimen Eropah pada tahun lalu mengundi untuk mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit dalam biodiesel menjelang 2020.

Resolusi itu menyokong satu pelan Pentauliahan Minyak Sawit (CSPO) untuk kelapa sawit Eropah dan minyak sayuran lain untuk memastikan ia dihasilkan dalam persekitaran yang mampan.

Eropah adalah pasaran kedua terbesar bagi Indonesia dan Malaysia manakala India adalah pasaran terbesar.

Indonesia telah mempromosikan minyak sawit di pasaran baru untuk mengurangkan risiko penurunan permintaan Eropah, sambil mempromosikan penggunaan biodiesel yang lebih luas secara tempatan untuk membekalkan bekalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast