Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR- Pembuat sarung tangan, Supermax Corporation mengumumkan peletakan jawatan Pengerusinya, Tan Sri Rafidah Aziz yang berkuatkuasa Sabtu lalu.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, Supermax berkata, peletakan jawatan Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu adalah disebabkan alasan peribadi.

Rafidah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2015.

Hari ini portal Malaysiakini memetik Rafidah yang juga bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata, beliau meletakkan jawatan dalam syarikat pembuat sarung getah itu kerana tidak bersetuju dengan tindakan pengarah urusannya, Datuk Seri Stanley Thai yang membuat permohonan maaf terbuka kerana menyokong parti pembangkang semasa pilihanraya ke-13 yang lalu.

Menurut Rafidah, sebagai warganegara Malaysia, seseorang individu itu berhak untuk memilih mana-mana parti yang ingin disokongnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast