KUALA LUMPUR – ‘Raja Bomoh Malaysia’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin berura-ura mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) ini.
Menurut sumber, Mat Zin dijadualkan akan bertanding di dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan Parlimen Teluk Intan, Perak.
“Esok, Raja Bomoh akan adakan sidang media untuk mengumumkan bahawa beliau akan bertanding pada PRU-14 kelak.
“Dia ada sebut nak tanding di dua kerusi, Manjoi dan Teluk Intan,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.
Pengumuman itu akan dibuat jam 3 petang di Ipoh.
“Satu sidang media pengumuman Raja Bomoh akan dibuat untuk bertanding di PRU-14, anda dijemput menghadiri sidang media berkenaan,” tulis jemputan tersebut kepada media.- MalaysiaGazette