BEIJING – Ekonomi China meningkat 6.8 peratus pada suku pertama 2018 berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada jangkaan tetapi tidak berubah daripada prestasi suku sebelumnya.
Data-data itu menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu terus berdaya tahan walaupun prospek eksportnya dengan Amerika Syarikat ‘tegang’.
Pertumbuhan kekal selesa di atas sasaran kerajaan sekitar 6.5 peratus untuk keseluruhan tahun, sekali gus memberi keyakinan kepada pembuat dasar untuk meningkatkan usaha mengurangkan risiko dalam sistem kewangan.
Dari asas sukuan, KDNK pada suku pertama meningkat 1.4 peratus berbanding semakan pertumbuhan 1.6 peratus pada Oktober-Disember, menurut Biro Statistik Kebangsaan.
Para penganalisis menjangkakan pertumbuhan 1.5 peratus bagi setiap suku tahun. – MalaysiaGazette