Raja Bomoh umum jadi calon bebas lawan TPM hari ini.

IPOH – Raja Bomoh Malaysia, Ibrahim Mat Zin hari ini mengumumkan akan menentang Timbalan Perdana Menteri di Parlimen Bagan Datuk pada PRU-14.

Menurutnya, beliau adalah pengundi di parlimen yang disandang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

Atas kapasiti Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia, Ibrahim juga memaklumkan seramai 26 lagi ahli persatuan itu akan bertanding sebagai calon bebas dalam PRU-14.

Dua calon itu akan bertanding di Perak membabitkan beliau dan timbalannya, Leman Kanaullah yang berhasrat bertanding di DUN Pangkor – kawasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

“Buat masa ini tiada niat untuk menarik diri dan kami turut tidak gentar untuk bertanding serta berdepan kemungkinan hilang wang pertaruhan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.- MalaysiaGazette

Raja Bomoh mahu bertanding PRU-14

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast