SINGAPURA -Harga minyak mengukuh kepada tiga tahun tinggi awal dagangan hari ini berikutan pengurangan bekalan berterusan oleh OPEC.
Harga Brent didagangkan pada AS$73.69 setong, jatuh AS$0.09 daripada harga penutup manakala West Texas Intermediate susut kepada AS$68.22 setong.
Diketuai oleh Arab Saudi, OPEC telah mula mengurangkan bekalan minyak sejak tahun 2017 bagi menangani lebihan bekalan global yang menyebabkan harga minyak menjunam antara tahun 2014 hingga 2016.
Susulan kawalan pasaran minyak, Brent dan WTI merekodkan kenaikan harga pada paras tertinggi sejak November 2014 pada awal minggu kini, masing-masing AS$74.75 dan AS$69.56 setong. – MalaysiaGazette