Paul Pogba. Foto manchestereveningnews

LONDON – Manchester United meletak harga bermula £140 juta (RM767 juta) untuk Paul Pogba sekiranya terdapat kelab yang ingin membawanya keluar dari Old Trafford pada musim ini.

Sportsmail mendedahkan Jose Mourinho bersedia untuk menjual pemain itu selepas hubungannya dengan pemain tengah kelahiran Perancis itu mula tegang sejak kebelakangan ini.

Namun pengurusan tertinggi kelab tersebut enggan membenarkan ia berlaku selepas membayar Juventus sebanyak £89 juta (RM487 juta) untuk menandatangani Pogba semula, dua tahun lalu.

Mereka berharap Pogba dan Mourinho dapat menyelesaikan isu antara mereka, namun mereka dikhabarkan tidak bertegur sapa dan Mourinho semakin kecewa dengan sikap pemain tersebut.

Antara sebab lain yang membuatkan United keberatan untuk melepaskan Pogba adalah lima pemain lain yang dijangka akan meninggalkan kelab itu.

Bagaimanapun, sekiranya Mourinho bertegas untuk menjual Pogba bagi merapatkan jurang dengan Manchester City, United mahu bayaran antara £120 juta ke £140 juta (RM657 juta ke RM767 juta) agar dapat meraih keuntungan daripada pelaburan mereka.

Ini bermakna kelab yang mungkin mengikat Pogba pada musim akan datang adalah Paris Saint-Germain, Real Madrid, Barcelona, City dan Chelsea.Ejen Pogba, Mino Raiola dipercayai sudah pun menghubungi wakil kelab berkenaan dalam beberapa bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast