Dua wanita berusia 27 tahun yang disyaki terlibat pelamsuan sijil universiti Swasta negara ini direman empat hari oleh SPRM.

PUTRAJAYA – Dua wanita disyaki terlibat dalam dalam sindiket pengeluaran sijil pertauliahan palsu menggunakan nama beberapa kolej dan universiti swasta di negara ini dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Salah seorang daripada suspek merupakan seorang pengarah syarikat manakala seorang lagi warga negara asing.

Masing-masing berusia 27 tahun.

Sumber SPRM memberitahu, kedua-duanya ditahan malam tadi lebih kurang jam 9 malam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu memainkan peranan penting dalam mencetak dan membekalkan sijil-sijil palsu selepas mendapat tempahan daripada pembeli.

“Pasukan penyiasat kini dalam proses untuk mengenalpasti suspek-suspek lain yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Datuk Seri Azam Baki

Kedua dua suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.

Perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Low Wen Zhen di Putrajaya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Pihak SPRM masih sedang mengenalpasti beberapa individu bagi membantu siasatan kes ini.

“Pasukan penyiasat juga telah merampas sijil-sijil palsu yang telah dikoyakan daripada saspek-saspek tersebut,” kata beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast