BENTONG  – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA akan menampilkan lebih ramai calon muda dan profesional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) bagi menarik lebih ramai pengundi muda.

Sehubungan itu, beliau berkata, “Senarai pendek calon telah diluluskan oleh Pengerusi BN (Barisan Nasional) (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan mereka (calon) telah diberitahu perkara itu secara dalaman.

“Kita akan tunggu lampu hijau dari pengerusi BN untuk mengumumkan calon nanti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santai Silaturrahim Felda Kemasul Bersama Pemimpin di Felda Kemasul, di sini hari ini.

Kenyataan Liow itu dipercayai ada kaitan dengan gesaan Naib Ketua MCA Bandar Tun Razak Ng Choon Hua agar pimpinan tertinggi MCA mempertahankan kerusi parlimen itu (Bandar Tun Razak) dan menyokong Ketua Bahagiannya Chew Yin Keen untuk bertanding di situ.

Umno dilaporkan turut berminat bertanding bagi kerusi tersebut.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast